Kata-kata Aluan Ketua Cawangan ANSARA BP

Zainudin Majid

Ketua Cawangan Ansara Balik Pulau

 

Assalamualaikum wbt

 

Rakan-rakan Ansara Balik Pulau yang saya hormati, Terlebih dahulu saya ingin panjatkan sepenuh kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya kita masih dapat bersama-sama menggembleng tenaga dan usaha untuk terus menjayakan Ansara Balik Pulau.

 

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah di atas pelancaran portal baru Ansara Balik Pulau. Harapan saya agar portal ini akan menjadi salah satu wahana kepada kita semua, bekas pelajar MRSM Balik Pulau, untuk berinteraksi dan berkongsi maklumat. Gunakanlah portal ini sebaik-baiknya untuk manafaat kita semua.

 

Marilah kita sama-sama war-warkan kepada rakan-rakan kita, semua bekas pelajar MRSM Balik Pulau untuk melawati portal ini. Kita mungkin akan berjumpa kawan-kawan yang telah puluhan tahun tidak kita hubungi melalui portal ini.

 

Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada kesemua Exco Ansara Balik Pulau, Wakil-wakil Batch dan individu-individu yang banyak menghulurkan bantuan dan memberikan idea dalam menyokong aktiviti yang dijalankan selama ini. Saya berharap agar lebih ramai diantara rakan-rakan kita, terutamanya dari golongan muda, akan tampil kehadapan untuk turut terlibat dan bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti Ansara Balik Pulau.

 

Akhir kata, marilah kita bersama-sama berganding bahu dan bersatu sebagai satu keluarga di bawah Ansara Balik Pulau kerana kita semua berkongsi satu nostalgia ketika berlajar di MRSM Balik Pulau.

Latest News

Hi there, ANSARABP Portal still under going renovation and system upgrading. Please be patient until all the process accomplished. Thank you.


Latest Events

Saturday, November 27 · 8:00pm - 11:30pm

Dewan Tun Hussien Onn, PWTC

RM 1,500.00 pertable.
RM 150.00 perhead.

For ANSARABP please contact Sis Neezat 
@ +6019-3635228 | neezat@yahoo.com

For All Batch Reps, do contact Sis Neezat.
Thank you.

TENTATIF:

30 JULAI - 5:00PM -- 8:00PM = KETIBAAN & PENDAFTARAN
- 9:00PM -- 11:30PM = MAKAN MALAM RINGAN &
"REFRESHMENT"
31 JULAI - 6:00AM -- 7:00AM = SOLAT SUBUH
- 8:00AM -- 9:00 AM = SARAPAN PAGI
- 9:20AM -- 12:00PM = SUKANEKA
= BOLA TIANG (LELAKI)
= BOLA TAMPAR (WANITA)
- 12:00PM -- 1:30PM = MAKAN TENGAHARI &SOLAT
- 2:00PM -- 4;30PM = SESI KARAOKE & BERBALAS
PANTUN(bersama pelajar)
- 5:00PM -- = MAJLIS BERSURAI

CADANGAN CAS YANG AKAN DI KEN ...

 

29 April 2010

Semua Ahli Berdaftar ANSARA Cawangan Balik Pulau

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KELAPAN,
SESI 2010/2011 ANSARA BALIK PULAU


Adalah saya memaklumkan bahawa satu Mesyuarat Agung Tahunan ANSARA Balik Pulau Kali Kelapan akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 30 Mei 2010 (Ahad)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Restoran Majeed, S ...

Search ANSARA BP